Wednesday, September 29, 2010

masa perut penuh dan silaturrahim terjalin...

Sapa suka raya? Eh, mestilah suka kan. Even dah tua macam ni pun, mesti suka setelah penat berpuasa sebulan. Tu pun bagi yang penat puasa sebulan ye. Macam saya. Hehe. Ok, betul. Tak tipu. Mak kami kata tak baik tau menipu. ^__^

Bukan sahaja budak-budak, mak2 budak, bapak2 budak pun suka raya.Budak2 mestilah lagi suka sebab utama dapat duit raya.Itu tak boleh disangkalkan lagi kerana aku biasa melalui zaman2 kehidupan mengutip duit raya. Setelah besar sedikit, perasaan malu dan timbul dalam diri walaupun sedara sendiri yang menghulurkan duit raya. Hehe. Al-maklum la, chek tak kahwin lagi. Tak kerja lagi plak tu. Kesian kat chek. Hehe. Insyaallah kalau kerja tahun depan boleh la menyiapkan duit2 raya buat keluarga dan sanak saudara. Saudara kecil sahaja ya. Ingat, kecil. Sapa2 besaq jangan dok gataiii tangan minta ye.Saya tak kenal. Wah.kejam gila. ^____^

Raya tahun ni, seperti biasa2..amatlah sederhana. Sebabnya baju raya besaq. Ye lah, orang beli sebulan awal,kau? Beli malam orang tengok anak bulan. Tinggal saiz 38. Gedabak punya besar. Boleh masuk sorang lagi.Hehe. nak dijadikan cite, malam tu aku pun xtau orang tgk anak bulan. Leh bayangkan tak betapa tak concernnya aku ngan baju raya.Huh..Orang tak keja kan. Tunggu abah hulur.Lambat. Itu lah padahnya bila anda tidak bekerja ya. Kerjalah di rumah sebagai bibik sepenuh masa. Full time. Hehe.

Raya kali ini di rumah asal. Setelah 7 tahun meninggalkan rumah ini. Best juga la. (Nada tak bape best!)



Comel kan pic ni? Dinding baru tuuuu..hehe.



bermaafan bersama mama


berpelukan ngan abah. Mama cakap belajar peluk abah sebelum peluk suami.Haha.Perlu kah statement macam tu???


Inilah akibat ada kakak dan abang besar2. Tak leh teman kutip duit raya.


mempromosikan tudung baru. hehe.



Dapat timang anak sepupu pun jadi lah. Gila kurus,tak yah shading2.Berkat puasa. ^_^


suka sameer.sebab gebu. sangat-sangat.


ini baru sebahagian family sebelah abah. Ramai. Boleh bayangkan meriah tahap dewa family gathering ni.hehe



Terserlah kebahagiaan time open house macam ini


semua tersandar sebab kekenyangan.hehe.mak su, tahun depan wat lagi ye.

mari kita tengok suasana raya di kampung..

Inilah syurga chenta di kampung. Hijau. I like!!

>
daun nyiur melambai-lambai menunggu kepulangan daku.


maafkan daku.makan tak hengat dunia. ada pulak cite hindustan.layannn..


best kan life di kampung macam ni..

suasana di kampung tok tiri..


aktiviti makan diteruskan. Raya ke-3. Mak su bertunang. SEdap gile mee udang ni.nyum2.


tetap menjaga keremajaan dan kelembapan bibirnya.Leh buat iklan, kak ya.


Ini lah budaya budak2 beraya zaman sekarang.Lihat sendiri la.hehe.


Insiden ini juga perkara biasa.Tiada siapa terbunuh, tapi ada yang naik ambulans.


Selanjutnya raya di Penang. Tahun ni pelik sket,Selalunya 1st raya dah di Penang.Tapi tahun ini oleh kerana menetap di rumah sendiri.Kami berbangga untuk beraya di rumah. Jadi,umah tok kami pergi lewat. Raya ke berapa entah, sebab lama kan.


Kami tak beraya di atas feri,hokey.Ni time dah balik dr penang.Naik feri.Lama tak bau laut.


peace.setakat ini dulu coretan saya mengenai hari raya yang mulia. Oleh kerana status anak dara,sentiasa bergelumang dengan dapur.So,tak ada sangat pic lawa-lawa. Muka berminyak dan sangat busy.Ye la tu sangat.

Akhir kata,aku ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yg rasa aku ada buat salah kat korang .0-0 ye. Maaf zahir batin.