Friday, May 16, 2014

Majlis perkahwinan I Diba & Nahar I

Berchenta kot nak menaip ni. Alhamdulillah, ada masa untuk update lagi. Jom!

23 November 2013, Sabtu
Sungai Petani.



  • Tema: Pink + Purple
  • Baju: Pink + Gold  . Kredit to Butik Romantika, Sungai Petani.
  • Make up: Fendi, Passionate Wedding Gallery, Kepala Batas, P.Pinang.
  • (Call: 0134843048)
  • Photographer: Kredit to Zaki, from Ministry of Moment, Cheras.
  • Henna (Inai): Tulasi, SP
  • Pelamin + Meja beradap + Bilik : Sri Anggerik CS2, SP.


Apasal baju lain, pelamin kat lain, make up kat lain? Hmmmm, sebab aku suka camtu. Haha.
Sebenarnya aku dah ambil pakej murah, tapi ada certain2 yang aku lebih suka yang lain. Redho.



              Pengantin pun kena buat kerja jugakk..

               Alhamdulillah,cuaca baik.


      Pengantin terlalu ramai. Bersiap sendiri dulu. 
      Highly recommended Fendi's make up.
      Tak tebal, tak ubah muka asal, natural dan tahan lama.
      Thanks Fendi !
  


   Tema baju jadi pink ni bertukar seminggu before wedding.
   Time fitting baju. 
   Sepatutnya kaler kelabu, beeds pink.
   Orang kedai cakap tak berapa naik seri.
   Ya, abah dan mama terus buka mulut. 
  " Kakak, tak sesuai colour tu dengan kakak". Sob sob. 
  


 Rombongan. Rasa cam tak percaya ja berarak tengah panas.
 Kredit to: Abah & pasukan kompang SK Penaga Jaya, P.Pinang.
 Syiok kan jadi cikgu, anak murid datang berkompang bila kahwin. Hihi.

  Pengantin disambut dengan acara bersilat. Layanz je la.
  Kredit to Pak Lang Roshidi, terima kasih sebab sponsor. Heeeee.
                             


Kekanda dan adindaku, thanks sangat -sangat sebab meletihkan diri untuk kenduri kakakmu ini. Depa la driver, depa la tukang buat guest book, depa la pasang khemah, depa la photographer family. Next is you & you. Cepat-cepat sikit k.



Teman-teman seperjuangan USM. Terima kasih cikgu-cikgi sudi datang 
ke majlis saya.Thanks to Mizal & family, Kemal & isteri Yana,
Sue & Ijoy. Cikgu Khai je masih solo. Heeee.



                                     Pelamin yang simple, soft colour.
                                      Kredit to Sri Anggerik CS2, SP.


 Outdoor. Bukan la mudah nak posing rupanya sebab dua-dua kayu. Haha. Thanks Zaki sebab ajar kami. Sapa-sapa yang nak kahwin boleh contact Ministry Of Moment. 
       

                                                       Hekhek..=)

                           Encik husband takut bila aku lompat. Kahkah..
                           Shoot di Teluk Bayu, Sungai Petani.
                                          
 I love perkampungan nelayan. Sebenarnya lama dah bercita-cita kalau kahwin nak ambil gambar sini. Berangan masa lepak ngan kawan-kawan lepas tuition kimia SPM dulu. Haha. Cita-cita terlaksana. Sebenarnya ada kisah menarik kat sini. Si photographer aku ni cam tak leh imbangkan badan dia bila pijak kayu yang terapung nih. Sama patern ngan suami aku. Haha. So bila aku lompat-lompat atas kayu tu, dia merangkak uolssss. " Eh, kenapa merangkak? ", aku tanya dia. Haha. "Siottt" dia balas. Kahkah. Pastu sama-sama minta maap balik. Hahaha.



 Terima kasih mama & abah sebab uruskan majlis Diba.
 Jasamu ku kenang sampai bila-bila.
 Ni la faedahnya kalau anak di perantauan.
 Family uruskan , kita balik just kawen sahaja. Haha.
Masih terasa penat uruskan kenduri di rumah. Tapi meriah!
Pasni adik-adik punya kenduri silalah ke dewan ye...^__^

Terima kasih kepada saudara-mara, jiran-jiran, kawan USM, kawan sekolah, kawan mak abah..hehe yang sudi datang ke majlis perkahwinan saya. Ucapan, hadiah, nasihat dan doa kalian semuanya akan saya ingat, simpan dan kenang sampai bila-bila. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah. Aminnnnnn.

                                                         XO

                                                Salam sayang.

Solemnization I Diba & Nahar I

Assalamualaikum..


Rasanya lama kot aku menyepikan diri. Hehe. Bertapa sebenarnya. Okey la hari ni mood baik jadi rasa macam nak kongsi cerita majlis perkahwinan i bulan 11 tahun lepas.  Tahun lepas okeh..Haha. Tapi rasa cam baru kawen lagi. ngeee. 


Majlis akad nikah 22 November 2013

Tarikh ni kedua-dua family yang pilih, sebab dah cuti sekolah. So bagi pengantin yang sopan haruslah mengikut sahaja. Haha. Cam kahwin paksa pulak bunyinya. Actually lepas majlis pertunangan bulan 6, dah cuba prepare apa yang patut. Kami rancang memang tak nak tunang lama-lama. Takut bosan. Haha. 

Pagi masa bangun tido tu rasa cam tak caya lagi eh hari ni aku nak nikah.Takut semua tak ada lagi perasaan tu. Masa mekap pun relaks ja. Aku diandam oleh mak andam perempuan la kan, sebab tak nak batalkan air sembahyang tu. Make up pun biasa-biasa ja sebab nak masuk masjid. Mula tu rasa nak make up sendiri ja tapi takut tangan getaq. Ha, tadi cakap tak takut kan. Okey, masanya ditentukan selepas solat jumaat. Jadi, aku solat dulu kat rumah dengan baju-baju pengantin tu. Haha. Masa tu baru la rasa gementar. T____T maok nanges. 


                                Muka pucat. Haha. Bakal suami relaks ja.


Al-kisahnya hari tu ada banyak pasangan yang akan dinikahkan. Masa aku datang dah 3 pasangan pengantin selamattt. Jadi mungkin tak nak lengahkan masa, tok imam tok kadi semua teruskan sahaja dengan akad nikah aku. Sedangkan perjanjian dengan wali aku lambat lagi. Hampir kepada asar. Bila pihak lelaki cakap dah kena masuk masjid, aku ngan abah masih di rumah. Abah aku cakap aku gatai nak kawen. Hahaha. So, aku pun bergegas ke masjid dengan adik-adik. Saudara mara dah penuh masjid, pengantin baru datang. Semua tanya mana wali. Errr. Bila telefon, abah aku baru dok cari butang baju melayu. Sob sob. 


Orang masjid suruh aku terus masuk ke dalam untuk akad nikah. Cuak nih, pengantin ada wali tak sampai lagi. Wuuuu. Pastu dah lama sikit baru la sampai. Pengantin dah beremosi nih. Hilang habis gementar nak nikah. Nak selesai cepat-cepat ja. Boleh camtu?

Awat la rasa cam artis tak tau? Cameraman sana sini, flash sana sini. Aku dah tak keruan. Tarik nafas. 



                                        
               Warna baju kebetulan sama dengan warna karpet masjid.
                                                hehe..


Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada suamiku, Mohd Nahar. Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan jodohku. Kini tanggungjawab abah dan mama telah beralih kepada suamiku. Ketaatan aku lebih kepada suamiku. Aku pun tak tahu macam mana alam rumahtangga tetapi aku cuba menjadi yang terbaik untuk suami, untuk kebahagiaan kami. Harapan aku semoga jodoh ini berkekalan hingga ke syurga. Semoga kasih sayang yang Allah berikan kepada kami ini dibajai dengan rasa cinta kepadaNya.

Perasaan? Hilang debaran, tetapi aku gagahkan diri tak nak menangis. Alhamdulillah. Tak ada gambar camtu. Haha. Selepas akad nikah aku pun dengan selamba angkat bantal yang aku duduk ke tepi. Kononnya nak ambil gambar batalkan air sembahyang. Salam suami dan suami kucup dahi isteri seperti pengantin lain. Tapi baru ja duduk, tok imam dah tutup lampu. Haha. Serius malu.  Mungkin diorang pun ada kenduri lain lagi. Haha. Malam pun ada akad nikah banyak pasangan pengantin termasuk kawan sekolah aku, Khairul Yusri. Tahniah geng!

Sampai rumah, dah hujan lebat pulak. Hujan rahmatttt. Jadi aku macam terlupa aku pengantin, aku lebihkan layan tetamu. Hidang sate , makanan semua. Lupa pulak nak ambil gambar batal air sembahyang tu. Cameraman aku pun tak suruh buat. Maknanya gambar nikah kami memang tak macam orang lain. Haha. Simple.




                                               Pengantin sibuk.




                        Bagus En. Nahar, dah mula tunjuk ciri suami mithali.
                                                         ^______^


Pakaian nikah biru tuiqouise ni kain kami beli di Harrisons, Jalan TAR. Memang nak pilih colour putih, suci lagi bersih. Tetapi suami aku menentang sehabisnya. Dia kata biasa sangat orang buat. So, kami decide bila masuk kedai, yang mana colour cantik kita pilih. Habis cerita. Titik.

Baju pengantin perempuan dah siap dengan beeds. Tempahan baju di Lat's Collection, Taman Maluri, KL.Veil pengantin beli yang lelong punya, manik dah jatuh. Harga asal rm189 lepas diskaun tinggal rm20. So, aku pun terus sebat la. Haha. Veil ni di Harrisons TAR tapi hanya plain sahaja. Tak ada beeds. So, sebab aku kan macam suka menjahit..suka sangatttt...so aku beli kain lace yang murah, aku ambil corak dia, jahit sendiri lace dan letak manik bagi berat. Mula-mula jahit macam excited tapi sebab corak dia agak besar, aku dah mula nak give up! Last-last siap jugak dalam tempoh 4 hari setelah bersengkang mata di Sarawak. Aku jenis tak boleh tengok benda tak siap jadi memang menghadap benda alah tu je lah. Hehe. 
Kasut beli di Sarawak. Gila jauh. Haha. Kebetulan masa keluar Miri tu, sekolah ada majlis jamuan akhir tahun untuk guru-guru. Alang-alang keluar dari kawasan pedalaman, beli siap-siap. Bunga tangan di sponsor oleh mak saudara the vass, Kak Dura. Tq kak dura!!!


Alhamdulillah. Selamat bergelar isteri. 


Hikmahnya berkahwin kerana perhubungan kami lebih bermakna lagi di sisi Allah SWT dengan ikatan dan pertalian yang kukuh.Bercinta selepas nikah lebih diberkati, membuka pintu rezeki dan nikmat hidup So, sesiapa yang tengah hot bercinta tu, cepat-cepat la berkahwin ye.
Bercintalah dengan yang halal.

X0

Majlis Perkahwinan di entri akan datang. Insyaallah.

Salam sayang.