Saturday, March 5, 2011

sarawak here i come!!!!

Wah, berabuk sakan blog aku.Maklum la makin sibuk dan buat-buat sibuk. Ha, baru sekarang aku ada masa nak ceritakan perjalanan aku ke sarawak. Mula-mula tu kami semua lapor diri di Hotel Goldcourse di Klang. Ramai. itu je aku leh cite.  Sabah lebih kurang 83 orang sahaja. Yang bakal ke Sarawak 282 orang. Tapi, di Klang masih suspen tak tau dapat sekolah mana dan area mana. Sarawak luas baaaaa...jom tengok gambar!!!

                                          Gambar time taklimat memang tak diletakkan di SINI.
                                                 Time makan je, sebab makan preee..haha.

                                         Dari KLIA ke Kuching. Selamat la ada geng USM sekali.
                                              Sara dan Akma yang sangat ceria bersama saya.^__^


                                          Menginap dan beradu di Merdeka Palace & Suits.
                                   Gila kentang suites apartment ni sangat selesa. Ada 3 bilik.
                                                 mula berangan nak ada umah cmni..=)

                                                                    sila jeles ya puan-puan.
                                  actually sume tempat ni sempat duduk dalam 5 minit ja sebab
                                                            jadual padat dengan taklimat.

                                                            makan lagi. memang 1st class.
                                                      kembung jugak la usus-usus sume.^__^


sume jolok ja makan.
kunun nak membesar dengan sihat dan kuat.


                                                      best sampai Marudi
                                                    tempat kelahiran sendiri
                                          ku xsangka dapat sekolah abah aku posting dulu

                                           

taklimat yang sangat happening.
sangat-sangat penuh dengan informasi pendidikan.
cuak lagi sebab tak tau dapat sekolah mana.
tido tak lena, mandi tak basah, makan semakin lalu....
hahaha.



                                                         sudah sampai baaaa..Marudi...
Ketika orang lain di semenanjung merungut perihal posting, kami dihantar di sini. Alhamdulillah. At least kami boleh berkhidmat sebagai guru dan mencanai ilmu di sini. Sama sahaja di mana-mana, tugas tetap akan dilunaskan. Mungkin ada hikmahnya aku dihantar di sini. Yang kita tidak tahu, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.

Alhamdulillah aku disambut kawan abah aku dan persepsi aku terhadap tempat ni sangat positif.
Terima kasih kepada cikgu Dora dan cikgu Suni. Mereka sudi tumpangkan aku di rumah mereka yang besar gilos itu. Layan aku bagai anak mereka sendiri. Siap bekalkan aku dengan toto, bantal dan selimut lagi.
Walaupun aku masih tak dapat sesuaikan diri pada masa tu.

Kenapa??

Sebab sini cepat pagi. Cerah dah kul 6 tu. subuh pun kena bangun awal. 5.30 pagi cam tu satu umah bz bangun. Pukul 6 petang cam tu dah macam maghrib di semenanjung. Mula gelap. Hadoi. 1 umah tido pukul 9 malam.
So,jadual tido tu dah gelong dan bila pergi sekolah cam melelong sket la.
Mau tak gilos, tido pukul 2 pagi kalih kiri tak kena, kalih kanan tak kena. Pastu kul 5 kena bangun dah berebut bilik air. Pukul 6.30 dah bertolak ke sekolah. Huhu. Gigih.


Best hidup berdikari di sini. Belajar segala-gala yang baru, pelajar yang baru, tempat yang baru. Lain dari semenanjung. Bersyukurlah, anda selesa di semenanjung..Tak tahu nak explain macam mana, tapi tempat ni nak ke bandar agak jauh. Semua yang ada di sini adalah asas keperluan sahaja. Mau ke Miri ada 3 cara, pertama dengan bot ekspress rm 40 , selama 3 jam ke Kuala Baram dan anda perlu naik teksi sebanyak rm 50 untuk ke bandar Miri. Then  kedua,  anda boleh naik Ford Wheel (pacuan 4 roda) ke Miri yang memakan masa 2 jam lebih melalui jalan balak dan kelapa sawit, bukit-bukit yang mencabar. Bayangkan badan anda digoncang selama itu di dalam keta pacuan 4 roda. Aku nak try naik cuti bulan 3 nanti. Doakan aku selamat. Haha.
ketiga, menggunakan Mas Wing (flight), tapi flight ni selalu cancel saat-saat akhir. Jadi kalau anda beli tiket ke Miri - KL hari tu, kemungkinan anda terlepas flight Miri-KL. Nanges tak berlagu la.


Bersyukurlah dengan apa yang anda ada.

bye, bye.

salam.

2 comments:

SaRa_wo Sensei said...

wow kak diba....
terbaekk lah...
ranjau berduri seorg cikgu cun dalam perjalannya y penuh cabaran untuk berkhdmat demi anak bangsa...
all the best...",

diba said...

thanks, sara...
nti sara mnta r swak...
br tau experience dia cena..hehe