Thursday, November 25, 2010

The maximum journey (Part I)

Assalamualaikum..wah..wah..lama tak update blog yang mula bersarang nih..apa khabar? Harap semua baik-baik belaka dan masih di beri kesempatan untuk menghirup udara yang sedar setiap hari. Kali ini entri berkisah kasihan tentang journey ke Klang,Melaka, dan Kuala Lumpur. Sebenarnya orang macam aku memang suka berjalan-jalan,tambah-tambah ngan family sendiri. Kali ni tak boleh ditolak untuk terjebak ke KL sebab abah aku grad di PWTC pada 22 hb ritu. Kang tak pergi, jadi anak derhaka. Dah time kita konvo 1 family angkut ke USM, so sekarang turn abah aku plak le..anyway, aku turut berbangga abah aku sanggup belajar walaupun usia dah meningkat dan bekerjaya dan bekeluarga. Macam mana aku sibuk study dan menyiapkan assignment, lagi sibuk aku tengok abah aku belajar. Dengan kerja dia lagi, belajar lagi,exam lagi kannnn…


So,bergerak ke Klang pada hari Jumaat. Singgah di kawasan rehat &rawat atau nama special dia R&R tu biasalah. Sakit pinggang lama-lama dalam keta walaupun tak menyumbang tenaga untuk drive. Hanya menguap dan tido je. Jap jap tido…jap jap je tertido.Yang tu agenda wajib la bila jalan jauh. Bosan gile tengok highway yang tak de pape tu. Sampai je Klang, umah mak njang aku sume rehat2.Letih wei. Esoknya sabtu kami bertolak ke Melaka. Visit Melaka means visit Malaysia. Wah. Memang Melaka tengah femes dan sangat maju.

round-round di R&R Seberang Perak.

we are welcoming to Melaka...
for the 2nd time.

panas-panas di sini.

dia dah mula dok belek-belek dah tu


teropong tengok berbaloi untuk dibeli ke tak..hehe


credit to photographer.
Ashraf

Mula-mula kami pergi bangunan Stadthuys. Ala, yang merah-merah tu. Sempat la wat sesi fotografi di situ. Manfaatkan building yang lama-lama tu. Ada nilai sentimental tau tempat-tempat lama cam nih. Selain tu, dapat la peluang naik river cruise di Sungai Melaka yang strategik  tuh. Memang berbaloi la bayar  RM 10 tapi darab ngan kami 7 orang, abah aku pk banyak kali gak la..hehe..Sebab rombongan ramai, maka xdapat nak naik menara Taming Sari. Terliur je r tengok orang lain naik dan pusing-pusing, teropong-teropong Melaka. Tak pe la kita teropong je kot bawah ni ( -____- )Aku rasa kerajaan Melaka kena pikirkan cara untuk wangikan Sungai Melaka ni. Yang len tip top dah. Tertelan gak air sungai yang …ampa kena pi sendiri la.Pastu tadah muka. Time terpercik air tu, baru ampa dapat pengalaman cam aku. Wawawa. Kawasan bangunan yang menarik bila kita menyelusuri sungai tu ialah lukisan pahlawan Melaka di bangunan dan rumah di Kampung Mortem. Comel-comel je umah tu. Kalo family aku nak dok umah cam tu sure tak celuih, sebab comel kannnn.


1 family yang tak cukup korum sebaik naik cruise

adik2 bagi sume peringkat umur ada.
pilih-pilih.



antara lukisan di bangunan.
Jenuh lukis la...aihhhh





dengan boyfriend baru (~.^)


Pastu sume terkedek-kedek excited gi Muzium Samudera. Kena rm3 sekali masuk. Kalo 2 kali masuk darab la sendiri. Hehe. Kami diberi plastic untuk masukkan kasut. Best juga,dalam tu banyak maklumat mengenai sejarah Melaka. Beruntungnya sapa-sapa yang study di Melaka, mesti cikgu suh buat folio leh g trus je muzium ni. Pastu dapat A. yeahhhhh. Ramai juga rombongan sekolah datang sini. Bagus-bagus. Tak payah cikgu nak sedia alat bantu mengajar kat kelas. Terus je real experience. Bila ada muzium, mestilah manfaatkan sehabis-habisan. Dalam tu ada apa? Erm, selain maklumat ada la patung-patung muka Alfonso, penjajah Portugis tu. Tak la encem sangat pon. Then, muka Hang Tuah..macam-macam la. Yang tak de muka hang je..hehe..sudah-sudah.

berat oo peti harta karun nih
Kalo jual pak cik kayooo..
selamat ada dlm muzium
gigit jari la para2 pencuri.
(-____-)



muka happy sebab abah belanja masuk.
(T_T)


Masa on the way ke kereta, sempat lagi kami singgah the Keyside  Santuary Spa. Mama aku pulak rendam kaki dan digigit ikan-ikan kecil, dan wat treatment. Ya Allah, sebab kami berada di tengah panas, lepas tu masuk spa. Rasa amannya dunia! Dengan suasana lampu yang dimalapkan, dengan bersih, dengan design spa tu, dengan lagu yang slow..memang tenang. Padahal kat luar spa ni, penuh pelancong yang berpeluh-peluh di tengah panas, dengan jalan yg sesak, dengan beca yang kuat muziknya..wah, panjangnya explanation aku. Haha. Bila dengar lagu zapin yg kuat, rasa cam nak menari plak. wawawa. Lepas tu ke kereta, abah aku ngamok. Sebab kena saman. So, kami pun terdiam. Trus sume jadi sopan dalam keta. Lepas g bayar saman, kami trus bertolak balik ke Klang. Sebelum tu makan di Kampung Katil, setelah melalui Padang Temu yang banyak sangat batu-batu nisan. Seram wes.wuuuuu.

dah ada yang nyibok amik gambar.
Aku sempat culik air teh tu sebab dah terhidrat di luar.
Anak customer kan..leh kot.wawawa.


ditulis jangan memanjat.
dia tak tulis dilarang amik gambar kan.
maka, tak salah kan???
tips melancong: pakai selipar je serata-rata alam.

hokey,jumpa lagi di next entri Part II.tata.
















6 comments:

Anonymous said...

tedia skali tulis siap ada part²... syok depa bercuti...

diba said...

haha..syiok smpai keta xleh jalan..wawa =)

Anonymous said...

keta tue excited sangat sebab tuan dia bawa jalan banyak tempat... :D

diba said...

pentingnya servis keta..
dh dpt pgjaran

Anonymous said...

baguih²... pas nie leh buka post pasai servis kenderaan lakz... :'b

diba said...

HAHA..xmau la i.
pasal servis keta xbesh...
wahahaha
budget mau lari