Wednesday, February 16, 2011

menjalin kasih dan sayang

salam..

hai, ada orang tanya aku sudah tunangkah? haha..lawak betui. sebenarnya aku dah nazar kalau dapat kerja kali ni, aku akan buat kenduri kecil. Tapi tak sangka kenduri kesyukuran tu jadi besar kerana mama aku nak suruh buat kenduri sempena masuk rumah baru juga. then, disebabkan sedara mara pn gilos ramai, kena jemput takut kecik hati. huehhueh...^__^

yang menjadi topik tunangan orang maybe sebab pakaian dan solekan yang diorang tempek di wajah aku. haha. mula-mula tu aku sengaja dan teringin nak pakai baju putih time kenduri tu. Mama dah pelik, nape nak pakai baju putih kan...nak mati pe anak aku nih..haha..tak lah..cuba la positif sket...aku nak mengaji, so ingat cmtu la kan..kebetulan plak, tok ngah aku, yang menguruskan Al-Amin Catering ada link ngan butik pengantin ni. Butik Fasha, memang femes gilos la area sg, petani nih..saja tanya-tanya, diorang bagi pakej yang special. Baju n mekap tu kira masuk dek akalku..dengan poket tengah kering kontang masih berangan nak itu ini. ^__^ ye la kan, kenduri kita sendiri.

Tapi....semasa seorang lelaki itu masuk ke butik, aku ingatkan pengantin lelaki. Beliau memanggil aku ke kerusi untuk dirias. ha?? erm, tadah je la  muka tu dengan malu-malu kucen. ^____^ segan kuasa 14. Beliau mekap muka aku dengan sopan dan aku memang puas hati. Terus pak2 andam len datang..haha..dah mekap memanglah lain..=)

Antara yang sempat disnap :)

sume pakat dok practice camera baru Ashraf~~


                                                       mata panda sedang dihapuskan..^__^

                                              of course la ramai pengantin kat butik tu.
                                        cuba teka cam sape?? cam ekin mawi kan..comel.


                                                                 terangnya mak ngah..haha

                                                                       ~~wink wink~~





ramai yang datang, especially saudara dan rakan..best!!!!



                                       meriah kan? sila jeles.haha.susah oo nak himpun cmni =)



                                                                   ~~ suka tengok sameer~~
                                              suka tengok sofea makan sebab mak aku kata
                                               cara aku makan sama cam sofea makan..hehe



                                sedap kek nih~~ thanks to zeera. kawan dari darjah 1 lagi..hehe


antara kawan kecik2...means dari sekolah rendah...thanks ya beb. best dapat jumpa ampa sume.


                                      comey2 kan..especially paling kiri tu~~cik ungu..hehe
aina and dimah pun datang...bakal cgu dan cgu..hehe
kesimpulannya kami sume cgu..^__^
sweet kan..

K,la setakat ni dolu..if i betul-betul tunang, i mesti inform punya.
rasanya cam dah kena pikir je teettttt...haha
so, kena cari cincin kah? bajukah?? sabaq sat na..hehe

buibui=)

Monday, December 6, 2010

happy for my kazen


Assalamualaikum..

Yeah...cuti sekolah adalah time kenduri. Betul kan? sapa setuju angguk kepala sekarang! cepat..bukan je time ni org pilih nak kawen, nak bersunat, nak 'ber' apa lagi erk? bertunang? ha..betul..betul..betul.So sekarang tibalah masa yang aku nanti-nantikan..bukan aku bertunang la..kazen aku. Kawan sepermainan. Dari zaman kecik la tu sama-sama main-main mercun time malam raya, sama-sama pi tadika time mak aku bedah tangan, sama-sama pi Pantai Merdeka bila arwah tok wan aku nak sangat pi sana. Memori yang paling aku ingat ialah time tu sama-sama pakai suar kecik ja ngan spek siti sifir tepi pantai. Entah di mana gambar tu. Kalo ada pun xkan la nk upload, leh jatuh saham kazen aku nak kawen nanti. Huahuahua. Spek siti sifir tu yang kira paling hensem la dulu kalo ada, siap bintang-bintang. Spek kazen aku bentuk love rasanya. Kuat tak ingatan aku? huahua..naik lif, tekan sendirik...

1st aku naik temankan dia dalam bilik tu sementara pihak lelaki berbincang hal hantaran, terus aku terpempan. Cantiknya kazen aku. Huhu. Betui la. Matanya sangat bulat. Dari kecik lagi mata dia bulat. =) sungguh. tak caya? jom tengok...


                                                        tahniah kak Linda. sangat comel.




                              "bila la pulak time aku nak bertunang nih? lambat lagi la..."=)
                                                   sabar adik.


            "abes tu..macam mana ngan I pulak? I baru berusia 2 bulan. lambat lagi la
                             erk, kak diba? I pun nak bertunang juga"
                            Sabar la dik oi...adik kena sabar kuasa kuda 10 tau.
                                          masanya akan tiba. ( T___T)

                                                    diam- diam sudah
                                    sape nk cepat kawen,tolong isi borang k..
                                                             wahahaha.

                                   bagi peluang abah kira duet. pengalaman mengajar kita, bukan?


                    wawah..meletop betul kak Linda ngan future mom in law beliau.



                                          finally, beliau bersama tunang beliau.
                                                    a halfway to go..
                                             jangan nakal2 na, baru tunang ja.
                                                         oh hooooooiiiii.


                                                i'm with my jubah + kak ya with her kebaya



                                        "cepat la, mama..nak kamera"                                
                      ligat betul budak-budak sekarang. kecik2 pun nak amik gambar.



silamat  selamat i tak pakai tudung putih u...hehe
cantik kan baju dia.
so, gurls up there pikiau2 la nak tempah baju or buat baju sendiri 
untuk hari bahagia korang.
sume siap duet ja. ;)


till then, papai.
maybe akan lama xupdate blog pasni nanti.
nak membawa diri ke Penang.

salam.









Thursday, November 25, 2010

The maximum journey (Part II)

Tepat pukul 10 malam macam tu, keta kami dah tak mampu untuk membawa kami ke mana-mana. Tunggu lama juga PLUS nak datang. Ada la experience angkat-angkat kon, berat rupenya. Berkat adik aku gawang tangan, sebuah keta ni berhenti. Kaum India, dia explain la kat abah aku masalah keta tu. Time hero ni datang, adik aku ngusik la mama aku “ Mak, menantu mak mai dah” hehe. Kak ya dah mula rasa nak amik course engineering time keta rosak nih. Dalam kul 11 PLUS datang dari arah bertentangan dan hasilnya ikat je keta tu ngan keta diorang. Kami di bawa ke tol KLIA. Sebab tempat keta kami henti tu sangat bahaya. Bukan saja treler, lori, keta sume laju. Depa memang laju.       (-____-). Best juga keta kena tarik ngan PLUS. Maknanya kami menggunakan perkhidmatan PLUS dengan semaksimum yang mungkin. Haha. Pukul 2 pagi baru sampai di Klang. Sepupu sepapat datang menyelamatkan kami.wuwuwu.
dia dah majuk. Tu la naik keta lain, dok cita nak beli keta lain.
kan orang tua-tua dah pesan.

1st experience keta di tarik.Sangat laju.
Baru aku tau perasaan orang yang keta tersadai di tepi jalan.
sangat panik.


Ahad ke KL. Menginap di Hotel Grand Sentral lepas tu dengan lenguh kaki sesat tengah KL tu sebab cari pasal cari Jalan Tunku Abdul Rahman, lepas tu dengan lahapnya makan di KFC. Sebab tak larat jalan, balik hotel naik teksi. Jap je sampai. Nampak sangat kami jalan jauh pusing-pusing kesesatan.


Pemandu teksi: Datang dari mana?
Adik (berumur 19 tahun): Klang (sebenarnya tipu, tkut dia tipu kami)
Pemandu teksi: Oh. Asal sini ke? Jawa ke? Cakap Jawa sikit.
Adik: tak boleh. Asal Sg.Petani (la, yang pi gtau nape)
Pemandu teksi: malu le pulak. Tahu klcc dengan kl tower? (kami diam je, biar la dia nak explain) KLCC yang kembar dua tu, KL tower yang satu tu. (wah,aku trus seram,macam kami ni datang dari gua). Zoo negara biasa pergi? (sambil buka tingkap ambil kertas no.ekor)
Adik:Tak
Pemandu teksi: Apa la. Zoo pun tak pernah pergi.Ok, semua rm 4.10.
(turunkan kami di hotel yang sebenarnya dekat je)

Aku berasa lega sebab sampai. Rasa cam tak leh percayakan orang je. Huhuhu.Malam tu kami round ke KLCC.  Ala yang kembar dua tu.  Hehe.  Ambil gambar je.  Then, ke hotel trus tido. Sesat merata juga naik keta.  Sibuknya masyarakat di KL nih.

malam-malam berpeleseran bersama keluarga.


22 hb, abah aku konvo. Tahniah abah. Seronok tengok suami isteri sambung belajar, family datang memeriahkan jemaah. Penuh orang. Ada kes beg konvo tertinggal sebab sume excited ambil gambar. Sebab lampu trffic light tengah merah, aku turun dari keta dan cari beg tu. Selamat jumpa. Lepas ni kena buat AJK Beg la. Supaya kes beg-beg hilang tak berlarutan lagi semacam di Langkawi. Balik dari Jalan Duta, ambil tiket. Tapi sampai Sg.Petani, masuk line touch n’ go. So PLUS datang lagi. Kami berjaya menyusahkan PLUS lagi sekali. Journey kali ni memang memenatkan.

                                                          yeayyy,abah dah konvo..=)

                                                jadi photographer untuk last shoot.
                                             photographer yang sowang lagi dah lapar



Jumpa lagi di lain kesempatan. Assalamualaikum. Semoga hidup anda dirahmati Allah. Aminnnnn. =)











The maximum journey (Part I)

Assalamualaikum..wah..wah..lama tak update blog yang mula bersarang nih..apa khabar? Harap semua baik-baik belaka dan masih di beri kesempatan untuk menghirup udara yang sedar setiap hari. Kali ini entri berkisah kasihan tentang journey ke Klang,Melaka, dan Kuala Lumpur. Sebenarnya orang macam aku memang suka berjalan-jalan,tambah-tambah ngan family sendiri. Kali ni tak boleh ditolak untuk terjebak ke KL sebab abah aku grad di PWTC pada 22 hb ritu. Kang tak pergi, jadi anak derhaka. Dah time kita konvo 1 family angkut ke USM, so sekarang turn abah aku plak le..anyway, aku turut berbangga abah aku sanggup belajar walaupun usia dah meningkat dan bekerjaya dan bekeluarga. Macam mana aku sibuk study dan menyiapkan assignment, lagi sibuk aku tengok abah aku belajar. Dengan kerja dia lagi, belajar lagi,exam lagi kannnn…


So,bergerak ke Klang pada hari Jumaat. Singgah di kawasan rehat &rawat atau nama special dia R&R tu biasalah. Sakit pinggang lama-lama dalam keta walaupun tak menyumbang tenaga untuk drive. Hanya menguap dan tido je. Jap jap tido…jap jap je tertido.Yang tu agenda wajib la bila jalan jauh. Bosan gile tengok highway yang tak de pape tu. Sampai je Klang, umah mak njang aku sume rehat2.Letih wei. Esoknya sabtu kami bertolak ke Melaka. Visit Melaka means visit Malaysia. Wah. Memang Melaka tengah femes dan sangat maju.

round-round di R&R Seberang Perak.

we are welcoming to Melaka...
for the 2nd time.

panas-panas di sini.

dia dah mula dok belek-belek dah tu


teropong tengok berbaloi untuk dibeli ke tak..hehe


credit to photographer.
Ashraf

Mula-mula kami pergi bangunan Stadthuys. Ala, yang merah-merah tu. Sempat la wat sesi fotografi di situ. Manfaatkan building yang lama-lama tu. Ada nilai sentimental tau tempat-tempat lama cam nih. Selain tu, dapat la peluang naik river cruise di Sungai Melaka yang strategik  tuh. Memang berbaloi la bayar  RM 10 tapi darab ngan kami 7 orang, abah aku pk banyak kali gak la..hehe..Sebab rombongan ramai, maka xdapat nak naik menara Taming Sari. Terliur je r tengok orang lain naik dan pusing-pusing, teropong-teropong Melaka. Tak pe la kita teropong je kot bawah ni ( -____- )Aku rasa kerajaan Melaka kena pikirkan cara untuk wangikan Sungai Melaka ni. Yang len tip top dah. Tertelan gak air sungai yang …ampa kena pi sendiri la.Pastu tadah muka. Time terpercik air tu, baru ampa dapat pengalaman cam aku. Wawawa. Kawasan bangunan yang menarik bila kita menyelusuri sungai tu ialah lukisan pahlawan Melaka di bangunan dan rumah di Kampung Mortem. Comel-comel je umah tu. Kalo family aku nak dok umah cam tu sure tak celuih, sebab comel kannnn.


1 family yang tak cukup korum sebaik naik cruise

adik2 bagi sume peringkat umur ada.
pilih-pilih.



antara lukisan di bangunan.
Jenuh lukis la...aihhhh





dengan boyfriend baru (~.^)


Pastu sume terkedek-kedek excited gi Muzium Samudera. Kena rm3 sekali masuk. Kalo 2 kali masuk darab la sendiri. Hehe. Kami diberi plastic untuk masukkan kasut. Best juga,dalam tu banyak maklumat mengenai sejarah Melaka. Beruntungnya sapa-sapa yang study di Melaka, mesti cikgu suh buat folio leh g trus je muzium ni. Pastu dapat A. yeahhhhh. Ramai juga rombongan sekolah datang sini. Bagus-bagus. Tak payah cikgu nak sedia alat bantu mengajar kat kelas. Terus je real experience. Bila ada muzium, mestilah manfaatkan sehabis-habisan. Dalam tu ada apa? Erm, selain maklumat ada la patung-patung muka Alfonso, penjajah Portugis tu. Tak la encem sangat pon. Then, muka Hang Tuah..macam-macam la. Yang tak de muka hang je..hehe..sudah-sudah.

berat oo peti harta karun nih
Kalo jual pak cik kayooo..
selamat ada dlm muzium
gigit jari la para2 pencuri.
(-____-)



muka happy sebab abah belanja masuk.
(T_T)


Masa on the way ke kereta, sempat lagi kami singgah the Keyside  Santuary Spa. Mama aku pulak rendam kaki dan digigit ikan-ikan kecil, dan wat treatment. Ya Allah, sebab kami berada di tengah panas, lepas tu masuk spa. Rasa amannya dunia! Dengan suasana lampu yang dimalapkan, dengan bersih, dengan design spa tu, dengan lagu yang slow..memang tenang. Padahal kat luar spa ni, penuh pelancong yang berpeluh-peluh di tengah panas, dengan jalan yg sesak, dengan beca yang kuat muziknya..wah, panjangnya explanation aku. Haha. Bila dengar lagu zapin yg kuat, rasa cam nak menari plak. wawawa. Lepas tu ke kereta, abah aku ngamok. Sebab kena saman. So, kami pun terdiam. Trus sume jadi sopan dalam keta. Lepas g bayar saman, kami trus bertolak balik ke Klang. Sebelum tu makan di Kampung Katil, setelah melalui Padang Temu yang banyak sangat batu-batu nisan. Seram wes.wuuuuu.

dah ada yang nyibok amik gambar.
Aku sempat culik air teh tu sebab dah terhidrat di luar.
Anak customer kan..leh kot.wawawa.


ditulis jangan memanjat.
dia tak tulis dilarang amik gambar kan.
maka, tak salah kan???
tips melancong: pakai selipar je serata-rata alam.

hokey,jumpa lagi di next entri Part II.tata.
















Wednesday, November 10, 2010

bahagia tengok orang lain gembira..

Assalamualaikum..

Entri kali ni topic je nampak cam sedih.Tapi dalam hati memang aku gembira *^__^* Gembira bila kawan-kawan aku mula berumah dan bertangga. Umah tangga lah! Senang cite, kahwin. Bagi orang nomad cam aku yang asyik berpindah randah masa zaman sekolah, istilah nak jumpa kawan-kawan lama zaman sekolah ni macam susah sket.Tambah-tambah sume pakat-pakat further study jaoh-jaoh. Cuti semester macam janji sana sini tapi tak jadi jumpa juga. Tup-tup bila dah ke tempat asalku..haha, dapat kad kenduri kawen plak. Masa tu berjalan kan.Mana leh sekat-sekat. Dengar Hani nak kawen, aku pulak rasa tak sabar nak jumpa dia. Ye lah, kawan zaman sekolah rendah wei.

Tiba-tiba..lagu "The Pearl" berkumandang, maka teringatlah aku kisah-kisah silam bersama dia..

1) Aku rasa darjah 4 kami mula rapat. Main petang ke cuti ke kat umah dia. Sebab ayah dia bela merak kat umah.Cam ada mini zoo kat umah Hani ni.Tapi, aku tak tau masih wujudkan mini zoo tu sekarang.


2) Kami ni gila gelak.Aku rasa dia masih meneruskan hobi gelak dia tu. Happy.Hehe.Aku kurang dah sekarang ngan hobi gelak tu. wahaha.


3)Berkongsi hobi mengumpul setem. Sekarang aku dah pencen bab-bab ni.Tapi still jaga album setem yang besar tu. Maklumla khazanah lama. Mana tau nak lelong setem Puteri Diana nanti. Kot dapat bape juta rupiah..haha *ada hati kau nak jual* Tidak! Hani masih mengumpul lagi or tak kita kena tanya la..hehe..


4)Kali terakhir, masa kami nak PMR dia datang umah pakai baju kurung.Tapi ngan kasut sport. hehe.Last dah tu jumpa.Pastu kirim kad raya, surat, kad2 kerinduan ja melalui pos. Then, umur 24 jumpa dalam FB, pastu dengar-dengar nak kawen.

Time kenduri la aku berjumpa ngan dia semula. Masih ayu dan lemah-lembut seperti dulu. Anyway,congrats Hani.Semoga bahagia di dunia dan di akhirat. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah. Aku dengar kuliah agama, kita tak digalakkan wish 'Selamat Pengantin Baru'. So, this is a new steps for me. Aminn.
Sesi terjahan kenduri kali ni diketuai oleh saudari Farah Hanna dan Haslina. Ni pun last-last minutes plan ngan depa. Anyway thanks ya. Tak de r aku kena melangut sorang-sorang.Hehe. Jom kita tengok gambar yang sempat di ambil.
                                     sebenarnya tak tau lak sama tema kali ni ngan pengantin.Hehe.



time ni tak tau nak bergaya camne dah sebenarnya..
apa la cik has tengok tu..

                                                            sama tak muka kami..hehe

jap..jap aku simpan lagi lukisan si Hani ni..

diba  & Hani..tengok tepi kad tu tulis PMR 01.

                                           penanda buku ni dapat dari dia masa darjah 6.

Ha, masuk bab cita bookmark ni.Sebenarnya aku tak dapat join ke alor staq lawatan sambil belajar. Time tu RM 10, abes dah UPSR. Punya la excited nak naik bus sebab tak pernah naik bus,sampai demam..Haha. Pagi tu juga aku ngan abah pi umah kawan aku yang tak daftar, bagi kat dia tiket tu. Nak jadi cita, pukul 10 pagi dah kebah. Aduhai.Kalau la aku ikut kan...huhu..sebab tu Hani bagi cenderamata ni untuk aku. Tu la lain kali jangan excited sangat!

Next event ialah kenduri Cik Farah kitew..mesti grand abes ni..Tak sabar aku..haha...aku??? Kita serah pada ibu bapa ya..Fail bab cari-mencari nih..hehe..k,adios..salam